Thursday, February 3, 2011

Nafas baru, Semangat baru


Dengan nama Allah Yang Maha pemurah, Maha Penyayang....

Ku mulakan langkah ku ini dengan nama Allah, agar sentiasa dalam redhanya..
Setelah sekian lama ku berhenti dari menulis, aku mula kembali. Sedar akan sabda baginda "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat...". Bagiku tiada yang mudah diharungi dalam kehidupan ini. Semakin hari semakin ku rasakan rintangan dan cabaran hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Kalau dulu aku hanya mendengar cerita dari mulut2 orang tentang rintangan hidup atau dakwah, namun kini, aku telah menghadapinya sendiri. Betapa peritnya yang harus ku hadapi. Namun, ku teringat kembali peasanan ukhtiku, "perjalanan kita masih jauh. Bersabarlah.. bahkan apa yang kau alami hanya sedikit dari rintangan dakwah yang sebenar"....ku sedar, perjalananku masih panjang. Aku harus terus berjuang, bangkit dan mara demi perjalanan yang panjang ini.

Bagiku, perjalanan dakwah adalah satu jalan yang penuh onak dan duri. Namun, natijah yang akan dicapai bak kebun2 yang di dalamnya terdapat buah-buahan yang segar2 belaka. Bunga2 yang indah mekar mewangi. Itulah natijah yang diimpikan dan diidamkan oleh setiap da'ie. Aku punya cita2 yang besar dan ku tahu, semakin besar cita2 ku, semakin banyak rintangan yang harus ku hadapi nanti....

"Dakwah memerlukan pengorbanan,pengorbanan masa dengan keluarga, pengorbanan harta, pengorbanan tenaga..dan segala pengorbanan itu akan dibayar oleh Alllah sekiranya ikhlas dalam hati"

Wallahua'lam.

Friday, July 30, 2010

Sedikit Perkongsian


Bismillahirahmanirrahim...Dengan nama Allah yang menggerakkan jari jemari untuk menulis pada kali ini setelah sekian lama tidak menulis...
Alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat untuk menghirup oksigen tanpa berhenti walau sesaat TANPA BAYARAN..
Alhamdulillah, Allah memberi nikmat islam dan iman agar dapat terus beramal di jalan sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya..
Alhamdulillah, Allah memilih diri ini untuk berada di dalam suatu suasana yang sarat dengan ilmu, dan suasana yang penuh dengan amal islami, Insya-Allah.

Dunia kini penuh dengan cabaran...namun, diri ini bukanlah orang yang sesuai bagi membicarakan cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi oleh manusia pada zaman era globalisasi. apa yang penulis bicarakan adalah yang berkaitan dengan diri penulis sebagai seorang hamba Allah yang diciptakan sebagai seorang yang bergelar annisa' atau al-mar'ah.

Penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang ditimba daripada perjalanan musafir penulis ke KONWANIS yang bertempat di Politeknik Port Dickson seminggu yang lalu. Alhamdulillah perjalanan ke sana tidak memberikan suatu yang sia-sia..

Forum yang telah disamapaikn oleh dua orang penceramah yang masih belum lanjut umur tetapi sudah hampir, merupakan penceramah yang mantap dan isi-isi yang disampaikan sangat 'bernafas' dan memberi suatu yang seumpama 'udara' yang segar dibawa angin laut...di sisni penulis ingin menyimpulkan pembentangn daripada penceramah-penceramah tersebut.

Indahnya wanita pada MALUNYA. Sebagaimana yang dirakamkan di dalam Al-Qur'an, kisah dua orang puteri Nabi Shuaib alaihissalam dengan Nabi Musa alaihissalam. Allah merakamkan kisah untuk memberi panduan kepada lelaki dan wanita bagaiman hendak berurusan anatara satu sama lain.
Diceritakan juga betapa istimewanya waniat ini adalah apabila Allah mengurniakan sifat Rahim-Nya kepada wanita dengan memberi rahim kepada wanita. Pemberian ini mengahasilkan wanita yang bersifat penyayang dan lemah lembut yang boleh meruntuhkan ego kaum..namun wahai yang bergelar wanita, lorongkan kasih sayang dan kelembutanmu itu kepada yang hak ke atasnya sahaja agar tidak tertimbul fitnah ke atasmu...

Semoga kita semua sentiasa dipayungi rahmat ALLAH serta dijauhi daripada perkara yang mungkar.
WASSALAM

Saturday, June 12, 2010

Anak-anak Palestin.....


sambil ku berbaring di atas katil..aku terbayang-bayang video yang baru ku tonton semalam...
apakah perasaanku apabila berada di tempat mereka...
ku melihat di sekeliling bilikku...dinding yang bercat(alhamdulillah)...ada lampu (alhamdulillah)..ada almari(alhamdulillah)..adatingkap yang masih elok(alhamdulillah)...segala-galanya ada dalam bilikku walaupun harus dikongsi dengan kakakku, walaupun tidak mempunyai aircond, namun ku bersyukur aku masih ada tempat untuk tidur....
namun, kanak palestin itu, di manakah tempat untuk tidur?
barangkali di dalam khemah yang sejuk..atau di celah-celah runtuhan rumah mereka..atau mereka sudah tidak bernyawa lagi...
mengenangkan nasib mereka yang perit mengharungi hidup...aku terus mangambil pena dan menulis yang aku tak tahu apa dai...sajak?syair?atau apa saja....
terimalah.........



Satu das tembakan berlepas ke udara
bersama dengan perasaan benci dan marah
peluru itu tembus ke dada seorang kanak-kanak
peluru itu menusuk ke dadanya
kanak-kanak itu jatuh rebah ke bumi

perit..pedih..sakit...
itulah yang dirasaknnya kini
baru semalam dia bermain bersama adiknya
baru semalam dia bergurau dengan saudaranya
baru tadi dia mencium ibu dan bapanya
namun kini dia tersungkur di atas jalan

dalam dirinya, dia tertanya-tanya
mengapa dia yang menjadi sasaran
apakah kerna dia berjuang untuk tanah airnya?
atau kerna dia berjuang untuk agama dan bangsa?
atau kerna dia budak kecil yang tidak layak untuk hidup?

darahnya memancut-mancut keluar dari badannya
badannya lemah tiada berdaya
rohnya ditarik keluar dengan tenang sekali
mukanya tidak menampakkan kesakitan sedikitpun
kerna dia tahu tempat yang bakal dituju
Allah menjanjikan buatnya syurga yang kekal abadi....

oh...seorang lagi kanak-kanak pejuang palestin gugur
namun, 100 orang bayi akan lahir menggantikan tempatnya
bahkan merekalah akan lahir menegakkan maruah mereka
begitulah yang terjadi setiap kali seorang kanka-kanak gugur...



aku terfikir sendiri...
siapakah yang mati sebenarnaya...kanak-kanak itu nati untuk pergi ke tempat yang abadi..
namun kita ibarat orang yang sudah mati, tidak ada gunanya untuk saudara-saudara kita yang lain....
ayuh bangkitlah wahai remaja...
dirimu sangat berharga....
ingatlah 5 perkara sebelum datng 5 perkara...
WASSALAM..

suatu permulaan....

Angheosaheo!!!!!HellO!!!
ASSALAMUALAIKUM.....

buat pertama kalinya ku menekan-nekan butang keyboard ini....(tak habis tulis lagi)
di ruangan blog ku yang baru...hehe.....
blog yang lama sudah diganti yang baru...kalau yang lama sudah tidak elok....perlu
di ganti, betul tak??
hmmm.....minta maaf kepada semua kerana bahasa yanng ku gunakan ini tidak formal....
tidak biasa...barangkali boleh dilatih....yaahh....insya-Allah.....
Akhir kalam, wassalam.....